|
|
RAG 132 Penghantar Alam Bina &
Penempatan
Manusia
|
|
Setelah
Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan
gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan
langit dengan mataharinya,
bulan dan bintang-bintangnya yang
bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk
halus yang diciptakan
untuk beribadah menjadi perantara
antara Zat Yang Maha Kuasa
dengan hamba-hamba
terutama para rasul dan nabinya maka
tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain
yang akan menghuni
dan mengisi bumi memeliharanya
menikmati tumbuh-tumbuhannya, mentadbir kekayaan yang tersimpan di
dalamnya dan berkembang
biak turun-temurun waris-mewarisi
sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Para
malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya
menciptakan makhluk lain
itu, mereka khuatir kalau-kalau
kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian
atau kelalaian mereka
dalam ibadah dan menjalankan tugas
atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata
mereka kepada Allah
s.w.t. : "Wahai Tuhan kami! Buat apa
Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu
bertasbih, bertahmid,
melakukan ibadah dan mengagungkan
nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan
dan turunkan ke bumi
itu, nescaya akan bertengkar satu
dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan
alam yang terlihat
diatasnya dan terpendam di dalamnya,
sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang
Tuhan ciptakan itu."Allah
berfirman, menghilangkan kekhuatiran
para malaikat itu: "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku
sendirilah yang
mengetahui hikmat penguasaan Bani
Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh
kepada nya, bersujudlah
kamu di hadapan makhluk baru itu
sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama
makhluk-Nya.
"Kemudian diciptakanlah Adam oleh
Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang
berbentuk. Setelah disempurnakan
bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan
Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.
Iblis
membangkang dan enggan mematuhi perintah
Allah seperti para malaikat yang
lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi
makhluk Allah yang akan
diberi amanat menguasai bumi dengan
segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di
dalamnya. Iblis merasa
dirinya lebih mulia, lebih utama dan
lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam
dari tanah dan
lumpur. Kebanggaannya dengan asal
usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud
menghormati Adam seperti
para malaikat yang lain, walaupun
diperintah oleh Allah.
Tuhan
bertanya kepada Iblis: "Apakah yang mencegahmu
sujud menghormati sesuatu yang telah
Aku ciptakan dengan tangan-Ku? "Iblis menjawab: "Aku adalah lebih mulia
dan lebih unggul
dari dia. Engkau ciptakan aku dari
api dan menciptakannya dari lumpur. "Kerana kesombongan, dan
keingkarannya melakukan sujud
yang diperintahkan, maka Allah
menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari
barisan malaikat dengan
disertai kutukan dan laknat yang
akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia
dinyatakan sebagai penghuni
neraka. Iblis dengan sombongnya
menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya
diberi kesempatan
untuk hidup kekal hingga hari
kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah memperkenankan permohonannya
dan ditangguhkanlah ia
sampai hari kebangkitan, tidak
berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan
sebaliknya ia mengancam akan
menyesatkan Adam, sebagai sebab
terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan
akan mendatangi anak-anak
keturunannya dari segala sudut untuk
memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh
jalan yang sesat,mengajak
mereka melakukan maksiat dan hal-hal
yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah
agama dan mempengaruhi
mereka agar tidak bersyukur dan
beramal soleh.
Kemudian
Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: "Pergilah engkau
bersama pengikut-pengikutmu yang
semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau
tidak akan berdaya
menyesatkan hamba-hamba-Ku yang
telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang
mantap yang tidak
akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun
engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."
Adam
diberi tempat oleh Allah di syurga dan
baginya diciptakanlah Hawa untuk
mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa
kesepiannya dan melengkapi
keperluan fitrahnya untuk
mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh
Allah dari salah satu tulang
rusuk Adam yang disebelah kiri
diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah
berada di sampingnya.
Ia ditanya
oleh malaikat: "Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di
sampingmu itu? "Berkatalah Adam:
"Seorang perempuan. "Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh
Allah kepadanya. "Siapa
namanya? "tanya malaikat lagi.
"Hawa",jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?" ,tanya
malaikat lagi. Adam menjawab:
"Untuk mendampingiku, memberi
kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak
Allah."
Allah
berpesan kepada Adam :"Tinggallah engkau
bersama isterimu di syurga,
rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan
makanlah buah-buahan yang
lazat yang terdapat di dalamnya
sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu. Kamu tidak akan mengalami atau
merasa lapar,dahaga ataupun
letih selama kamu berada di
dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini
yang akan menyebabkan kamu
celaka dan termasuk orang-orang yang
zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,
ia akan berusaha
membujuk kamu dan menyeret kamu
keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."
Iblis Menggoda Adam dan Hawa.
Sesuai
dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari
Syurga akibat ingkar dan terdorong
pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab
sampai ia terkutuk
dan terlaknat selama-lamanya
tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan
rancangan penyesatannya kepada
Adam dan Hawa yang sedang hidup
berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Ia
menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah
kawan mereka dan ingin memberi
nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.
Segala cara dan kata-kata
halus digunakan oleh Iblis untuk
mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam
nasihat dan petunjuknya
kepada mereka. Ia membisikan kepada
mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang
ditunjuk itu adalah kerana
dengan memakan buah itu mereka akan
menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangilah
pujukan dengan menunjukkan
akan harumnya bau pohon yang
dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Sehingga pada akhirnya
termakanlah pujuk rayu
halus itu oleh Adam dan Hawa dan
melakukan larangan Allah.
Allah
mencela perbuatan mereka itu dan berfirman
yang bermaksud: "Tidakkah Aku
mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah
Aku telah ingatkan kamu
bahawa syaitan itu adalah musuhmu
yang nyata."
Adam
dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah
ia bahawa mereka telah melanggar
perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan
dosa besar. Seraya menyesal
berkatalah mereka: "Wahai Tuhan
kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar
perintah-Mu kerana terkena
pujuk rayu Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang
yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami
Allah
telah menerima taubat Adam dan Hawa serta
mengampuni perbuatan pelanggaran
yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan
menghilangkan rasa sedih
akibat kelalaian peringatan Tuhan
tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya
yang manis namun
berancun itu.
Harapan
untuk tinggal terus di syurga yang
telah pudar kerana perbuatan
pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam
dan Hawa yang merasa kenikmatan
dan kebahagiaan hidup mereka di
syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta
rahmatnya akan tetap
melimpah di atas mereka untuk
selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa
yang tidak terlintas
dalam hati dan tidak terfikirkan
oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa
bumi yang penuh dengan
kekayaan untuk dikelolanya, akan
dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun
ke bumi sebagai
benih pertama dari hamba-hambanya
yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka: "Turunlah
kamu ke bumi sebahagian
daripada kamu menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai
waktu yang telah ditentukan."
Turunlah
Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara
hidup baru yang jauh berlainan
dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang
kembali. Mereka harus
menempuh hidup di dunia yang fana
ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang
beraneka ragam sifat dan
tabiatnya berbeza-beza warna kulit
dan kecerdasan otaknya. Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok
menjadi suku-suku dan
bangsa-bangsa di mana yang satu
menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan
tindas-menindas sehingga
dari waktu ke waktu Allah mengutus
nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang
lurus penuh damai
kasih sayang di antara sesama
manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di
dunia dan akhirat.
Kisah Adam dalam Al-Quran.
Maksudnya:
[30] Sebahagian (dari umat
manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk
beriman dan beramal soleh)
dan sebahagian lagi (yang ingkar)
berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri),
kerana sesungguhnya
mereka telah menjadikan
Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta
mereka pula menyangka, bahawa
mereka berada dalam petunjuk
hidayat.
[31]
Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang) dan makanlah serta
minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang
melampaui batas.
[32]
Katakanlah (wahai Muhammad):
Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya
dan demikian juga benda-benda yang
baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya
itu ialah (nikmat-nikmat)
untuk orang-orang yang beriman (dan
juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula)
hanya tertentu
(bagi orang-orang yang beriman
sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu
bagi orang-orang yang (mahu)
mengetahui.
[33]
Katakanlah: Sesungguhnya
Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang
nyata atau yang tersembunyi
dan perbuatan dosa dan perbuatan
menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu
mempersekutukan sesuatu
dengan Allah sedang Allah tidak
menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya)
kamu memperkatakan terhadap
Allah sesuatu yang kamu tidak
mengetahuinya.
[34]
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan
walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
[35]
Wahai anak-anak Adam! Jika
datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan
kepada kamu ayat-ayat
(perintah) Ku, maka sesiapa yang
bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian yang tidak
baik) terhadap mereka dan mereka
pula tidak akan berdukacita.
[36]
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa
dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
[37] Maka
tidak ada yang lebih zalim daripada orang
yang berdusta terhadap Allah atau
yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian
mereka (di dunia)
dari apa yang telah tersurat (bagi
mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami
(malaikat) yang mengambil
nyawa mereka, bertanyalah malaikat
itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu
sembah selain
Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu
telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi
terhadap diri mereka
sendiri, bahawa mereka adalah
orang-orang yang ingkar
[38]
Allah berfirman: Masuklah
kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada
kamu, dari jin dan manusia.
Tiap-tiap satu umat yang masuk,
mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka
semua berhimpun di dalamnya,
berkatalah golongan yang akhir
mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami,
mereka inilah yang telah
menyesatkan kami; oleh itu berilah
kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah
berfirman: Kamu
masing-masing disediakan (azab
seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.
|
|
|
|